Tentang Kami

 SEJARAH PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH

SA KLUANG BARAT

Pusat Sumber Baitul Hikmah Sekolah Agama Kluang Barat mula ditubuhkan pada hari Isnin, bertarikh 21 Mac 2022 bersamaan 18 Syaaban 1443 hijrah. 

Penubuhan PSS ini adalah selaras dengan tarikh pembukaan Sekolah Agama Kluang Barat yang baru beroperasi di bangunan sendiri (Sekolah Agama Kerajaan Johor). Sebelum ini kami menumpang di SK Dato Syed Zain Al Shahab bermula pada 16 Jun 2003 hingga 20 Mac 2022.

PSS Baitul Hikmah terletak di tingkat 2 bangunan Blok A dan berkeluasan 2 bilik darjah. Bagi tahun pertama pembukaan ini, PSS hanya boleh digunakan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran pada waktu sekolah terutama apabila menggunakan sistem Johor Pendidikan Islam Digital (Al Bayen) serta membuat rujukan. Perkhidmatan pinjaman buku belum dapat ditawarkan kepada murid kerana koleksi bahan masih dalam peringkat pemprosesan. Perkhidmatan pinjaman sepenuhnya akan mula dibuka pada awal tahun 2023 kepada murid dan guru.

Walaupun masih awal penubuhannya, PSS Baitul Hikmah telah berupaya memberikan perkhidmtan yang sewajarnya kepada warga SAKB dan adalah menjadi harapan pihak sekolah agar PSS ini menjadi wadah penting bagi merealisasikan visi dan misi sekolah.





Comments

Popular posts from this blog